Showing posts with label pantang larang jamu. Show all posts
Showing posts with label pantang larang jamu. Show all posts

Friday 10 June 2016

Pantang Larang semasa amalkan jamu

-

PANTANG LARANG SEMASA PENGAMBILAN JAMU

1. AIS
 
Ais merupakan penyumbang utama masalah rahim kembang, berair, sejuk sekaligus menjadi punca utama masalah keputihan, faraj terlalu becak dan berbau. Bagi lelaki pula, pelancaran darah yg kurang mantap boleh menyebabkan zakar lemah, sperma kurang berkualiti dan air mani mencair. Tak guna jika anda merawat tapi punca utama anda gagal atasi.
 
2. DURIAN
 
Bukan langsung tak boleh makan durian. Jangan ambil jamu pada hari anda teringin makan durian. Sedia maklum durian boleh memanaskan badan dan begitu juga herba. Risau anda akan terlalu panas.. Nasihat saya,jika teringin nak makan durian pada hari itu, jangan makan jamu. Produk penjagaan luaran dibenarkan.
3. AIR KELAPA
 
Air kelapa akan meneutralkan herba dalam badan. So no point anda makan jamu tetapi in same time anda minum air kelapa. Produk penjagaan luaran dibenarkan.
 
4. ALKOHOL
 
Alkohol tidak boleh bertembung dgn bahan herba dan akan mengakibatkan komplikasi dalaman. Lagipun tidak baik utk kesihatan dalam masa jangka panjang.
 
5. PRODUK DIET
 
Produk yang berunsurkan slimming atau diet amat tidak dibenarkan utk anda ambil sekali dengan jamu2. Ini kerana supplement2 diet akan membakar kalori dan lemak dan dgn kehadiran jamu, pertembungan bahan akan menyebabkan salah satu produk tidak berfungsi dgn sempurna malah dikhuatiri akan mengakibatkan radangan atau komplikasi yang tidak diingini pada jangkamasa panjang. 
 
6. AIR BERKARBONAT
 
Kandungan asidnya boleh menolak khasiat herba dalam badan. Tidak digalakkan meminum air karbonat sekali dgn jamu. Produk penjagaan luaran dibenarkan.
 
7. IUD KURANG SETAHUN
 
TIDAK DIBENARKAN hanya utk wanita yang ingin mencuba produk insert RQ!!! Ini kerana RQ akan mengecutkan rahim sekaligus memberi tekanan kpd IUD dan akan menyebabkan luka di dlm rahim dan pasti ini tidak bagus utk mereka!!
 
#waktu dibenarkan insert setahun ke atas

Tuesday 24 November 2015

Soal jawab Rapat Qaseh

SOALAN YANG SERING DITANYA MENGENAI JAMU

 
1) S : Bolehkah amalkan semasa datang haid?
J : Tidak perlu diamalkan jika perjalanan period sudah lancar. Boleh diamalkan jika perjalanan period keluar tidak lancar. Contohnya keluar sedikit tapi mengambil jangkamasa yang lama @ ketika mengalami sakit sengugut yg terlalu kuat.
 

2) S : Bilakah waktu yang sesuai untuk makan Jamu selepas bersalin?

J : Bagi orang yang baru melahirkan anak, eloklah diamalkan pengambilan jamu pada minggu ke 2-3 ke atas dalam pantang. Amalan ini dapat mengembalikan tenaga,menegangkan otot-otot yang
kecut,menyembuh luka bersalin, memulih dan menyempitkan lagi faraj dan mengecutkan rahim.
(Jika bersalin secara pembedahan - 3-4 minggu selepas melahirkan)
 
3) S : Bolehkan mengamalkan Jamu dan di waktu yang sama makan supplement yang lain?
J : Boleh, cuma jarakkan waktunya sekurang2nya sejam.
 
4) S : Kenapa kepala saya pening-pening di waktu peringkat awal mengamalkan Jamu ini?
J : Pening kepala terjadi di sebabkan oleh metabolisma di dalam badan yang rendah dan proses ini membantu meningkatkan kembali metabolisma badan.Untuk mengatasi masalah tersebut minum banyak air kosong.Sekurang-kurangnya 8 gelas satu hari.Lagi banyak lagi bagus.
 
5) S : Kenapa ari-ari saya sakit ketika mengamalkan Jamu?
J : Ini kerana rahim anda tidak berapa sihat.Sakit ari-ari tersebut cuma sementara kerana dalam proses membaik pulihkan rahim tersebut.
 
6)S : Bolehkan saya mengamalkan Jamu ini jika berhasrat untuk mengandung?
J : Amat digalakkan kerana salah satu khasiat utama adalah menyuburkan rahim.Jika anda sedang merancang,sila amalkan dgn teratur di peringkat awal. Sekiranya anda merasakan ada kelainan seperti lambat datang haid,harap berhenti makan jamu dan buat pemeriksaan air kencing utk memastikan samada anda mengandung atau tidak.
 
7) S : Selalu orang akan kaitkan jamu ini panas dan menganggu proses utk mendapatkan zuriat.Benarkan begitu?
J : Mengamalkan jamu tidak menganggu
proses utk mendapakan zuriat.Malah ia akan menambahkan kemutan di faraj dan menambahkankesempurnaan hubungan suami isteri, meningkatkan tahap keghairahan.
 
8) S : Saya amat mengantuk / penat di peringkat awal,kenapa ye?
J : Itu adalah proses pemulihan dan berlaku hanya sementara sahaja.
Itu adalah tanda banyak toksin di dalam badan.Bukan semua orang merasakan simptom tersebut.Itu adalah petanda baik.Insyaallah anda akan segar sentiasa selepas itu.
 

9) S : Kenapa keputihan saya keluar dengan banyak?

J : Itu perkara biasa. Teruskan makan jamu,lazimnya selepas itu keputihan akan berkurangan dan ada yang hilang terus dari masalah keputihan
 

10) S : Bolehkah amalkan Jamu jika saya masih menyusukan bayi?

J : Tidak menjadi masalah.Tidak memberi kesan negatif kepada bayi anda.Malahan mengamalkan jamu ini akan membantu
menambahkan air susu ibu.
 
11) S : Bolehkah Jamu ini membantu menyelesaikan masalah kitaran haid yang tidak menentu?
J : Salah satu khasiat adalah memperbetulkan sistem kitaran haid.
 
12) S : Kenapa darah haid saya keluar dengan banyak?
J : Itu adalah kesan positif kerana ia melancarkan pengaliran darah haid anda.
Darah haid memang perlu dikeluarkan dengan kadar yang sepatutnya agar tidak tertinggal di dalam rahim.Ini akan menimbulkan masalah rahim di masa akan datang.
 
13) S : Bolehkah saya mengamalkan Jamu jika saya masih belum berkahwin?
J : Sgt digalakkan.Sebaiknya untuk penjagaan awal cuma kurangkn dos kepada sebiji sehari.
 
14) S : Kenapa saya tidak turun berat badan?
J : Jamu ini BUKAN produk utk melangsingkan badan.Ia adalah produk herba yang khusus utk kesihatan dalaman wanita.Cuma kelebihannya banyak
membantu mereka yang menghadapi masalah berat badan jika mengamalkan dengan konsisten. Kurangkan makan berlemak dan berminyak. Pastikan banyak minum air
 
15) S : Benarkah jamu ini membantu merapatkan lagi hubungan suami isteri?
J : Di akui ramai yang telah mengamalkannya.Lazimnya selepas makan jamu selama 7 hari,suami akan merasakan perubahan pada alat kelamin isteri.Insyaallah.
 
PERINGATAN !!!! - Testimoni adalah berbeza-beza,mengikut keserasian badan masing-masing.
 
 
017-9275256