Friday 10 June 2016

Pantang Larang semasa amalkan jamu

-

PANTANG LARANG SEMASA PENGAMBILAN JAMU

1. AIS
 
Ais merupakan penyumbang utama masalah rahim kembang, berair, sejuk sekaligus menjadi punca utama masalah keputihan, faraj terlalu becak dan berbau. Bagi lelaki pula, pelancaran darah yg kurang mantap boleh menyebabkan zakar lemah, sperma kurang berkualiti dan air mani mencair. Tak guna jika anda merawat tapi punca utama anda gagal atasi.
 
2. DURIAN
 
Bukan langsung tak boleh makan durian. Jangan ambil jamu pada hari anda teringin makan durian. Sedia maklum durian boleh memanaskan badan dan begitu juga herba. Risau anda akan terlalu panas.. Nasihat saya,jika teringin nak makan durian pada hari itu, jangan makan jamu. Produk penjagaan luaran dibenarkan.
3. AIR KELAPA
 
Air kelapa akan meneutralkan herba dalam badan. So no point anda makan jamu tetapi in same time anda minum air kelapa. Produk penjagaan luaran dibenarkan.
 
4. ALKOHOL
 
Alkohol tidak boleh bertembung dgn bahan herba dan akan mengakibatkan komplikasi dalaman. Lagipun tidak baik utk kesihatan dalam masa jangka panjang.
 
5. PRODUK DIET
 
Produk yang berunsurkan slimming atau diet amat tidak dibenarkan utk anda ambil sekali dengan jamu2. Ini kerana supplement2 diet akan membakar kalori dan lemak dan dgn kehadiran jamu, pertembungan bahan akan menyebabkan salah satu produk tidak berfungsi dgn sempurna malah dikhuatiri akan mengakibatkan radangan atau komplikasi yang tidak diingini pada jangkamasa panjang. 
 
6. AIR BERKARBONAT
 
Kandungan asidnya boleh menolak khasiat herba dalam badan. Tidak digalakkan meminum air karbonat sekali dgn jamu. Produk penjagaan luaran dibenarkan.
 
7. IUD KURANG SETAHUN
 
TIDAK DIBENARKAN hanya utk wanita yang ingin mencuba produk insert RQ!!! Ini kerana RQ akan mengecutkan rahim sekaligus memberi tekanan kpd IUD dan akan menyebabkan luka di dlm rahim dan pasti ini tidak bagus utk mereka!!
 
#waktu dibenarkan insert setahun ke atas

No comments:

Post a Comment