Showing posts with label Rapat Qaseh Kuantan. Show all posts
Showing posts with label Rapat Qaseh Kuantan. Show all posts

Friday 27 November 2015

MASALAH KEPUTIHAN

MASALAH KEPUTIHAN MENGGANGGU??????
 

Apakah itu PENYAKIT KEPUTIHAN??

 
Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan.
 

JENIS- JENIS KEPUTIHAN

 
Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit. Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Lelehen lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair. Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj. Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini. Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati.
 
Apakah FAKTOR-FAKTOR yang menyumbang kepada Penyakit Keputihan?
 
Faktor Kebersihan
 
Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.
Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
 
Faktor Hormon
Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit kuputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:
Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah.
 
Faktor Gaya Hidup
Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.
 
Faktor Kesihatan
Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
Hubungan Mikroorganisma Dengan Penyakit Keputihan
Terdapat pelbagai bakteria pada bahagian faraj wanita yang dikenali sebagai bakteria semula jadi. Antara bakteria semula jadi yang sangat berguna pada bahagian faraj dikenali sebagai Lactobacillus. Lactobacillus merupakan sumber utama asid lactic yang mengekalkan PH bahagian faraj antara 3.5 hingga 4.6 iaitu dalam persekitaran keasidan. Keadaan berasid ini mampu melindungi faraj daripada jangkitan kuman.
 
Jangkitan kuman akan berlaku apabila fungsi bakteria semula jadi diganggu oleh faktor luaran, misalnya penggunaan produk pencuci bahagian intim yang tidak sesuai boleh mengubah persekitan yang berasid seterusnya membunuh normal flora yang sedia ada. Keadaan ini mendorong kepada pertumbuhan organism komensal yang lain secara berlebihan sehingga berlaku jangkitan.
 
BAHAYA PENYAKIT KEPUTIHAN
 
Penyakit keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Penyakit keputihan yang lewat ditangani, bukan sahaja berpotensi untuk menyebabkan kemandulan dan kehamilan di luar rahim, tetapi boleh menyebabkan penyakit kanser rahim yang boleh membawa kematian. Penyakit keputihan yang tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Ini adalah hasil daripada penambahan sifat kerintangan bakteria atau kulat terhadap antibiotik atau antifungal.
Masalah penyakit keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.
Wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan segera.
 
CARA MENCEGAH
 
Mencegah adalah sentiasa lebih baik daripada mengubati. Pengetahuan dan kesedaran mengenai cara-cara menghindari penyakit keputihan adalah sangat penting kepada kaum wanita agar gaya hidup yang sihat dan selamat dapat diamalkan. Sebagai langkah pencegahan daripada penyakit keputihan,
berikut adalah amalan-amalan yang disarankan kepada semua wanita:
 
  •  Sentiasa memastikan bahagian faraj berada dalam keadaan bersih dan kering.
  • Elakkan penggunaan pembersih faraj yang menganggu kestabilan PH atau menyebabkan kegatalan.
  • Sentiasa menukar atau mengganti tuala wanita semasa menstruasi (haid).
  • Gunakan pelapik seluar dalam (panty liner) pada saat yang diperlukan sahaja. Elakkan juga pemakaian seluar dalam yang ketat dan diperbuat daripada kain satin.
  • Jangan menggunakan sebarang produk wangian seperti bedak atau ubat sembur pada bahagian faraj.
  • Elakkan pengambilan ubat secara berterusan tanpa nasihat doktor.
  • Kurangkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengelakkan aktiviti seks rambang atau hubungan kelamin dengan lebih daripada seorang.
  • Elakkan kehadiran benda asing di dalam faraj seperti kondom yang tertinggal selepas aktiviti seks.
  • Basuh bahagian sulit dengan air yang bersih dan buang air kecil selepas aktiviti seks.
  • Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera dan melakukan pemeriksaan vagina jika terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.
  • Melakukan apa-apa aktiviti yang menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan seperti melancong.
KESIMPULAN
 
Penyakit keputihan merupakan suatu masalah klasik yang dialami oleh semua wanita. Namun, gejala dan komplikasi penyakit tersebut adalah berbeza mengikut individu dan tahap kesihatan masing-masing. Jenis keputihan fisiologis yang kerap terjadi pada wanita yang sihat merupakan gejala yang normal dan akan pulih secara semula jadi. Sebaliknya, keputihan patologik dikategorikan sebagai penyakit yang lebih rumit dan perlu rawatan segera. Gejala keputihan patologik disebabkan oleh pelbagai faktor luaran dan dalaman yang meliputi isu-isu kebersihan diri, kestabilan hormon dalam darah, faktor kesihatan dan gaya hidup yang sihat.
Mikroorgamisma, sama ada bakteria atau kulat merupakan agen utama yang terlibat dalam jangkitan faraj. Ciri-ciri klinikal pada setiap pesakit adalah berbeza-beza mengikut jenis kuman yang menyebabkan jangkitan. Namun seakiranya dipandang remeh, semua jangkitan berpotensi untuk menjadi lebih kronik seperti kanser rahim. Wanita yang hamil mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh rembesan hormon pembiakan yang tinggi dalam badan.
 
Kebanyakan wanita tidak mempunyai kesedaran sewajarnya terhadap penyakit keputihan kerana menganggap ia sebagai suatu fenomena biasa dalam kehidupan seharian. Ramai wanita yang menyesal kemudian apabila berlakunya insiden yang tidak diingini akibat daripada jangkitan tersebut. Adalah penting kepada kaum wanita untuk sentiasa mengamalkan cara hidup yang sihat dan bebas daripada jangkitan faraj demi kehidupan yang bahagia.
 
Sumber : w ww.myhealth.gov.my
 

Rapat Qaseh Pahang

017-9275256

Rapat Qaseh
Masalah Keputihan

Thursday 26 November 2015

Kandungan Jamu Rapat Qaseh

Ringkasan herba dalam Jamu Rapat Qaseh


Serapat

 
Herba terbaik untuk disyorkan kepada setiap wanita. Ia bermanfaat untuk mengembalikan faraj yang ‘longgar’ supaya kembali cantik seperti anak dara. Ia juga boleh menegangkan payu dara supaya dapat merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak serta disukai oleh suami.
 

Manjakani

Ia mempunyai ciri-ciri antiseptik semulajadi yang berkesan dalam menghapuskan bakteria dan kulat yang menjadi punca utama kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan pada kawasan faraj.
Secara umumnya, kebaikan mengambil buah manjakani adalah seperti mengecutkan semula tisu-tisu di dalam faraj selepas bersalin, menghilangkan kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan pada faraj, membantu melambatkan penuaan, meningkatkan tenaga dalaman dan mengembalikan keintiman bersama suami.
 

Mas cotek

Tumbuhan herba ini mampu merawat dan mengekalkan tahap kesihatan, termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah, mengecutkan rahim dan merawat paru–paru berair, darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta cirit – birit.

 Nenas batu

Nenas batu mengandungi khasiatnya tersendiri seperti membantu melancarkan pembuangan angin dalam badan, membantu wanita-wanita selepas bersalin mengecutkan ruang rahim dengan cepat dan dikatakan boleh mengembalikan keremajaan ibu-ibu muda. Bagi ibu-ibu bersalin, nenas batu sangat berkesan mengembalikan tenaga dalam badan dan menghangatkan semula romantika bersama suami tercinta. Selain itu, nenas batu juga dikatakan boleh melawaskan kencing serta mengawal hormon dalam badan wanita yang bakal mengalami putus haid atau menopause.

Madu

Sebagaimana yang kita tahu, madu mempunyai pelbagai khasiat dalam bidang kesihatan dan kecantikan.
Rapat Qaseh Pahang
 

Tuesday 24 November 2015

KEPUTIHAN DI KALANGAN REMAJA

KEPUTIHAN DI KALANGAN REMAJA

 
Keputihan yang sering dialami gadis remaja merupakan perkara yang biasa berlaku pada usia muda. Namun, ungkapan biasa itu jika disalah erti akan membawa kesan yang negatif apabila jangkitan biasa menjadi pemangkin kepada jangkitan yang luarbiasa pula. Anggapan keputihan adalah sejenis penyakit yang normal dan tidak memerlukan rawatan khusus untuk menangganinya adalah sesuatu yang tidak benar.
 
Apabila remaja mula berfikiran sedemikian dan mula mengambil sambil lewa tentang gejalanya, hanya akan membawa padah kesan berpanjangan sehingga mereka meningkat dewasa kelak. Realitinya sehingga kini masih terdapat ramai dikalangan remaja yang sedang bergelut dengan masalah keputihan ini walaupun telah meningkat dewasa dan bakal memasuki alam perkahwinan.
Saya memohon pada semua remaja supaya belajar mengenali gejala keputihan ini, supaya dapat mengesan awal dan memudahkan untuk mencari rawatan yang sesuai.Jangan di biarkan gejala keputihan tanpa rawatan disebabkan ianya boleh mengakibatkan komplikasi yang tidak di ingini berpunca dari kelewatan merawat sehinggakan mikroorganisma keputihan telah mula menular ke organ-organ berdekatan.
 

Apakah itu keputihan?

 
Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoea atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. Dalam bahasa mudah terdapat dua jenis keputihan iaitu normal dan abnormal (jangkitan mikroorganisma) dan remaja hanya perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.
Keputihan yang normal
Dalam keadaan normal, lendiran yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran paras kesuburan. Sekiranya lendiran putih bening ini yang beranggaran 20cm, ianya menandakan waktu yang sangat subur bagi seseorang wanita. Lendiran ini juga dikenali dengan nama ovulasi.
Keputihan yang abnormal
Merupakan lendiran yang keluar seperti susu basi, likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.
Punca keputihan abnormal
 
Ada beberapa sebab berlakunya keputihan abnormal.
 
Antaranya ialah:
 
1. Ketika terlalu letih.
2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
3. Jangkitan.
 
Bagaimana Mengenali jenis-jenis jangkitan
 
Sekiranya remaja merasakan telah berlaku keputihan yang abnormal pada diri maka mengenali gejala dan melakukan rawatan yang sewajarnya supaya penularan dapat dibendung dari awal lagi.
Jom cuba kia kenali gejala jangkitan mikroorganisma :
 
1. Kulat Candida atau Monilia
Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.
 
2. Parasit Trichomonas Vaginalis
Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.
 
3. Bakteria Gardnella
Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. Warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.
 
4. Virus
Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.
 
5. Benda asing
Perkara yang satu ini sering diabaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.
 
Beberapa tips yang baik jika boleh diamalkan :
 
  • Hindari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pencuci khas yang mempunyai pH3.8-4.2
  • Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  • Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  • Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  • Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
  • Gunakan alas seluar dalam (panty liner) jenis "unscented" dan ada pengalran udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan.
  • Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma lain.
Sekali lagi saya nasihatkan agar para remaja mengambil sikap yang lebih serius terhadap gejala keputihan. Beberapa kajian mendapati keputihan jika dibiarkan terlalu lama walaupun hanya gejala biasa, lama kelamaan berupaya menyerang selaput dara. Sebahagian besar lendiran keputihan yang mengandungi jangkitan mikroorganisma telah merosakkan selaput dara sehinggakan apabila berumahtangga kelak dan sewaktu melakukan hubungan kelamin di "malam pertama" berkemungkinan tidak akan mengeluarkan walaupun setitik pun darah.
Semoga Bermanfaat .
 
#RapatQaseh
#RapatQasehPahang
 
017-9275256

AWAS, KENTUT RAHIM!!!!!

AWAS, KENTUT RAHIM!!!

 
Dah nama kentut…mesti berkait rapat dengan ANGIN. Dari mana datangnya angin? Kenapa keluar ikut faraj dan bukannya dubur? Kerana….
Angin ini datangnya dari rahim....
 
Sy pilih aturcara LANGGAR PANTANG yg paling common pada ibu sehingga membuatkan mereka mengalami masalah kentut faraj selepas habis tempoh berpantang....
 
1. Minum banyak air kosong utk tambah susu katanya. Sedangkan banyak resepi air herba yg boleh bantu tambahkan susu dalam masa yg sama elakkan urat ibu masuk angin;...
 
2. Bersejuk. Kipas angin ditala kemuka. Kipas siling buka sampai lima. Tambah lagi air cond sampai beku kaki tangan. Alasan? Takut anak panas. Kelakar. Sebab apa? Sbb air ketuban dalam perut pun lebih kuran 36.7°C. Celah mana korang cakap bayi tak tahan panas????
 
3. Langgar pantang makan benda berangin…pun atas alasan nk tambah susu. Lobak putih, air sengkuang, bayam, soya boleh digantikan dengan jus pegaga, kurma merah, halba, dan pemakanan sunnah yg diamalkan secara istiqamah seperti susu kambing, habatus sauda, madu dsb dn sy banyak feedback cakap ia benar2 membantu menambahkan susu....
 
4. Tidak amalkan pemakanan herba yg membantu menyihatkan urat rahim. Kuno, pahit, busuk antara alasan ubat herba digantikan dengan jus dan tablet2 vitamin. Bg sy baik amalkan kedua2nya kerana urat di dalam badan akan lebih sihat dengan pemakanan herba, dimana dengan gabungan multivitamin dan jus2 ini, ia membantu memperelokkan keadaan kesihatan organ badan dan darah. Darah perlukan urat utk bergerak dalam badan. Organ badan perlukan darah utk “bernafas”.
Sayangnya…pemulihan urat tidak dijaga menyebabkan tiada win2 situation dalam badan antara organ badan, darah n urat ini....
 
5. Menggunakan rahim sebelum sembuh sepenuhnya. Urat2 yg sakit ini sangat2 memerlukan rehat akan tetapi ditekan dengan pelbagai aktiviti yg semakin membuatkan otot dan urat rahim tenat dan kendur. Ibu2 yg berjimak dalam tempoh 44 hari berpantang, yg rajin berjalan dan berdiri, mengangkat henda berat dan membuat kerja2 rumah yg extreme sebenarnya mengundang celaka pada badan sendiri....
 
Ok….sy dh susunkn perkara2 yg menyebabkan berlakunya kentut faraj. Ttp sy belum menerangkan apa yg berlaku sebenarnya sehingga terjadinya kentut faraj.
Urat2 rahim yg sudah dimasuki angin dan tidak dijaga ini akan menyebabkan faraj tidak sihat....
Apabila wanita kentut faraj, maksudnya farajnya longgar. Bila bersama suami, dah x grip. Masa baru kawin macam lubang kunci. Lepas bersalin macam lubang jamban. Longgar dan berair....
Apabila wanita kentut faraj, maksudnya urat faraj dah tak sihat macam dulu. So mulalah masalah kedinginan. Suami buat apapun, si isteri macam takde nafsu. Siap sound “cepat2lah sikit habisnya bang. Sy dh x larat dh ni”
 
Apabila wanita kentut faraj, rahimnya dah tak sihat. Keputihan mula melanda. Ada yg berbau ada yg berwarna. Masa tu suami nk dekat pun mula rasa loya.
Itulah dia apa dan mengapa berlakunya kentut faraj. Sy tak perlu kata lebih2. Kena ingat ya….yg keluar dari faraj kalian adalah bayi ye…bukan guli….
Mungkin dari luaran lepas dijahit boleh nampak cantik. Tp tak akan mampu kali tipu bila ada yg meleleh keluar dari rahim, atau ketika bersama suami mula rasa longgar, atau ketika faraj sudah mula keluar angin pus-pus...
Masa baru kawin pun sanggup tahan kentut. Baru anak pertama, siap kentut depan lagi bila bersama suami. Ttp masalahnya…kentut ni jenis tak leh tahan. So tahan je lah malu tu ye....
Jgn ambil mudah.... Ini maruah kita....
 
Jamu RAPAT QASEH boleh membantu anda..
 
#RapatQasehPahang
017-9275256

Testimoni Rapat Qaseh

Testimoni Rapat Qaseh

Alhamdulillah..sejak mengamalkan Jamu Rapat Qaseh (RQ), badan rasa segar dan ringan.
Cik abam pun senyum je.

RM 35 / 50 BIJI

Whatapps : 017-9275256